30 karton rokok bernilai RM7,500 dirampas - Utusan Malaysia

30 karton rokok bernilai RM7,500 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan merampas sebanyak 30 karton rokok bernilai RM7,500 dalam operasi Op Landai di kawasan laut Terminal Feri Antarabangsa dan Menumbok, Sabah semalam.

Rampasan kira-kira pukul 10 pagi sehingga 1 tengah hari itu dilakukan sepasukan anggota yang menjalankan pemantauan di kawasan tersebut.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Mohamad Pajeri Ali berkata, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 10.45 pagi, satu pemeriksaan telah dijalankan terhadap bot penumpang yang dalam perjalanan dari Labuan ke Menumbok, Sabah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, hasil pemeriksaan di bahagian bawah ruang simpanan minyak petrol terbabit kemudiannya menemukan sebanyak 15 karton terdiri 3,000 batang rokok jenama ‘Era Black’ disimpan di situ.

“Hasil soal siasat, tiada sesiapa mengakui barangan tersebut milik mereka.

“Dalam pada masa sama, kita turut melakukan satu lagi pemeriksaan terhadap bot penumpang kira-kira pukul 1 petang sebelum menemukan 15 karton rokok yang cuba diseludup keluar dari Labuan tanpa menjelaskan cukai kastam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Pajeri, sehubungan itu, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

“Pasukan kita akan sentiasa menerus dan meningkatkan operasi dari masa ke semasa untuk memastikan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang dapat dibanteras dan kerjasama serta penyaluran maklumat dari masyarakat setempat amat diperlukan,” jelasnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini