BUTTERWORTH – Seramai tiga beranak mengalami kecederaan melecur ringan selepas rumah mereka di Sungai Puyu dekat sini terbakar dalam kejadian awal pagi tadi. Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 40-an yang melecur empat peratus di bahagian kaki; seorang wanita 30-an yang melecur dua peratus di bahagian kaki serta seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang melecur dua peratus juga di bahagian kaki. Menurut jurucakap bomba dan penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan…










