ARAU – Hampir 2,000 umat Islam bersama dengan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Arau di sini hari ini. Baginda berdua tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 8.35 pagi seterusnya bersama para jemaah takbir raya sebelum menunaikan solat sunat tersebut dan diakhiri dengan khutbah Aidilfitri yang disampaikan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri…










