KUALA LUMPUR 14 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, di sini hari ini.
Ketibaan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong disambut Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador dan Timbalannya, Datuk Mazlan Mansor.
Yang turut hadir ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Tan Sri Musa Hassan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Selain itu, majlis tersebut dihadiri kira-kira 1,000 pegawai kanan dan warga PDRM.-UTUSAN ONLINE











