Wilmots dilantik jurulatih Iran - Utusan Malaysia

Wilmots dilantik jurulatih Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN 15 Mei – Bekas pengurus Ivory Coast dan Belgium, Marc Wilmots tiba di Tehran, hari ini dan dia bakal menandatangani perjanjian selama tiga tahun sebagai jurulatih skuad kebangsaan Iran, lapor agensi berita IRNA.

Agensi berita rasmi itu berkata, Presiden Persekutuan Bola Sepak Iran, Kami Rita Sherpa telahpun mengesahkan perjanjian tersebut dan bekas penyerang Belgium itu akan menurunkan tandatangannya, hari ni.

Difahamkan, pengendali berusia 50 tahun itu yang memiliki 70 cap mewakili skuad kebangsaan negaranya dijangka mengikat kontrak sehingga Piala Dunia 2022 berakhir, dengan yuran AS$1.2 juta (RM5 juta) setahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wilmots menggantikan jurulatih dari Portugal, Carlos Queiroz yang meletakkan jawatan selepas lapan tahun mengendalikan skuad Iran, Januari lalu, setelah Iran tersingkir pada separuh akhir Piala Asia apabila mereka kecundang 3-0 kepada Jepun.

Queiroz menerajui Iran ke pusingan akhir Piala Dunia sebanyak dua kali dan menyambung kontraknya sehingga 2019 selepas Piala Dunia 2018 di Rusia.

Wilmots pula membimbing Belgium layak ke Piala Dunia 2014 dan dia bersama skuad kebangsaan tersebut antara 2012 hingga 2016. Jurulatih itu bergelar pengendali Ivory Coast pada 2017, tetapi meninggalkan negara itu selepas mereka gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini