Warga Kota masih ada 90 minit di Jengka - Utusan Malaysia

Warga Kota masih ada 90 minit di Jengka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Chong Yee Fatt menegaskan pasukannya belum tewas meskipun berdepan laluan sukar untuk aksi timbal balik suku akhir Piala FA bagi berdepan Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam esok.

Jelasnya, pasukan masih mempunyai 90 minit berikutnya di gelanggang lawan selepas skuad Warga Kota terlebih dahulu terikat seri 3-3 di Cheras minggu lalu.

Yee Fatt kini meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pemain untuk mengubah kembali keputusan ketika berdepan cabaran skuad kendalian Mohd. Nidzam Jamil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semua perlu tahu dalam bola sepak pelbagai kemungkinan boleh terjadi kerana Kuala Lumpur masih mempunyai 90 minit di Jengka.

“Saya boleh katakan kedua-dua pasukan masih mempunyai 50-50 peluang untuk menang dalam aksi timbal balik ini.

“Sudah tentu Kuala Lumpur akan bertungkus lumus meskipun jika kami hanya mempunyai 10 peratus kebarangkalian untuk menang ketika bertandang ke tempat lawan.

“Dengan kemasukan pemain baharu, Darko Markovic dari Melaka United dan bakal digandingkan dengan Guilherme De Paula di barisan hadapan, sudah tentu Kuala Lumpur akan lebih menyengat dengan bantuan pemain tengah, Paulo Jouse,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini