KUALA LUMPUR 17 Mei – Seorang warga emas yang dilaporkan hilang pada semalam telah ditemukan selamat di dalam kawasan hutan berhampiran Kampung Rumih Opar, Bau, Sarawak hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, mangsa, Choo Dosing, 61, telah ditemukan oleh pasukan penyelamat kira-kira pukul 10.30 pagi tadi
“Ketika ditemukan, mangsa sedang baring dan berada dalam keadaan lemah. Mangsa kemudian dibawa keluar untuk dihantar ke Hospital Bau, Sarawak untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sebelum ini, Choo Dosing yang juga seorang pesara tentera dilaporkan hilang selepas seorang daripada ahli keluarga tidak mendapati dia tidak berada di dalam rumah. – UTUSAN ONLINE











