Warga asing ditahan di perairan negara - Utusan Malaysia

Warga asing ditahan di perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Mei – Bukan sahaja menceroboh ke kawasan perairan negara, tetapi turut mencuri hasil laut negara di timur Pulau Sibogor laut, Pulau Banggi, Kudat, Sabah semalam.

Itu yang dilakukan lima nelayan warga Vietnam yang ditahan pada pukul 10 pagi oleh sepasukan anggota dan pegawai Maritim Malaysia kerana menangkap ikan dan gamat (balat) dianggarkan melebihi 800 kilogram.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, pihaknya menahan bot yang dinaiki lima nelayan tersebut yang berusia lingkungan 23 hingga 43 tahun selepas curiga dengan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot terbabit bukan bot yang didaftarkan dalam negara dan kesemua nelayan juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri Malaysia yang sah.

“Bot seperti ini sememangnya digunakan untuk menangguk gamat dan mereka tidak mempunyai pukat, tetapi menggunakan sejenis alat seperti penggembur tanah bagi menangguk gamat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Chin Chau, jumlah rampasan dianggarkan berjumlah RM355,000 ribu meliputi bot, peralatan menangguk gamat, serta hasil tangkapan gamat.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki menangkap ikan di perairan negara secara haram dan Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri Malaysia yang sah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini