CHICAGO 17 Mei – Polis menahan tiga suspek yang didakwa membunuh seorang wanita hamil dan mengeluarkan bayi daripada rahim mangsa selepas kematiannya.
Channel News Asia melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Marlen Ochoa-Lopez, 19, dipercayai diajak ke rumah suspek suspek dibunuh dengan cara dijerut pada leher.
Tiga suspek iaitu Clarisa Figueroa, 46, anak perempuannya, Desiree, 24, dan Piotr Bobak, 40, didakwa melakukan pembunuhan kejam tersebut.
Berita berkaitan:
Bayi mangsa sempat ditemukan pasukan polis dan kini ditempatkan di sebuah hospital serta berada dalam keadaan kritikal. – AGENSI











