Dewan Rakyat lulus RUU Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 - Utusan Malaysia

Dewan Rakyat lulus RUU Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (Pindaan) 2022 dengan lebih suara bersetuju menjadikan daerah Segamat, Johor sebagai sebahagian daripada Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Ia diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Eddin Syazlee Shith dan turut dibahas sembilan Ahli Parlimen.

“Rang undang-undang ini bertujuan memohon Jemaah Menteri menimbang dan bersetuju dengan pindaan kepada Seksyen 4 Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008,” katanya ketika menggulung perbahasan rang undang-undang berkenaan.

Eddin Syazlee juga berkata, daerah Segamat bakal diketengahkan sebagai lembah bio-agro melalui ECER dengan memanfaatkan sektor bioteknologi dan perniagaan tani bagi meningkatkan aktiviti perniagaan.

“Selain itu, daerah tersebut juga dikenal pasti sebagai hab perniagaan tani dengan pelbagai inisiatif bagi memastikan kecekapan tani di kawasan itu dapat dipertingkat,” katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya