Wanita maut terbabit kemalangan jalan raya - Utusan Malaysia

Wanita maut terbabit kemalangan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 8 Mei – Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Seri Kandong, Matang, Sarawak, semalam.

Ketika kejadian pada pukul 6.30 petang itu, mangsa terkorban kerana mengalami kecederaan parah apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta.

Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa, Rosetta Bugek, 37, dan berasal dari Kampung Sungai Agas, Matang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, semasa kejadian mangsa menunggang motosikal dari arah Kampung Rayu, Lundu menuju ke Kuching.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Kuching menuju ke Kampung Rayu.

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Alexson memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, pemandu kereta yang berasal dari Kampung Rambungan, Lundu tidak mengalami kecederaan.

Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini