Wanita maut rempuh lori langgar lampu isyarat merah - Utusan Malaysia

Wanita maut rempuh lori langgar lampu isyarat merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 10 mei – Seorang wanita maut setelah motosikal ditunggangnya merempuh sebuah lori yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Klebang Restu di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam, Nur Solehan Mohd. Zaidi, 23, yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada pukul 1.20 pagi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda dalam perjalanan dari arah Ipoh menghala ke Chemor manakala lori dipandu lelaki berusia 25 tahun pula dari arah Chemor ke Klebang Putra.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kemalangan berlaku setelah motosikal yang ditunggang mangsa melanggar bahagian kiri lori tersebut yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang parah dibawa ke HRPB Ipoh untuk rawatan kecemasan namun disahkan meninggal dunia pada pukul 1.20 pagi.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat manakala pemandu lori itu telah ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini