[VIDEO] Sultan Ahmad Shah mangkat - Utusan Malaysia

[VIDEO] Sultan Ahmad Shah mangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang kelima mangkat kira-kira 9 pagi tadi.

Berita itu dikongsi cucunda baginda, Tengku Puteri Iman Afzan menerusi laman Instastory akaun miliknya sebentar tadi.

Portal berita Bernama melaporkan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengesahkan, Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 8.50 pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu di Kuantan, Wan Rosdy secara rasmi mengumumkan kemangkatan Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad pagi tadi.

Menerusi kenyataan kepada media, Wan Rosdy memaklumkan Almarhum Sultan Ahmad Shah disahkan mangkat pada pukul 8.50 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

“Sehubungan itu, saya mohon rakyat jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan moga roh Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta ditempatkan bersama-sama para Syuhada,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini