[VIDEO] Pokok ketapang timpa rumah pasangan warga emas - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pokok ketapang timpa rumah pasangan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Sepasang warga emas nyaris maut selepas rumah mereka yang terletak di tepi pantai di Bagan Teluk Kumbar di sini ditimpa sebatang pokok ketapang yang tumbang dalam kejadian ketika angin kencang dan hujan lebat awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, pasangan warga emas, Hasshim Ahmad, 76, dan Salbiah Man, 74, dikatakan sedang tidur sebelum dikejutkan dengan dentuman kuat selepas pokok bersaiz hampir dua pemeluk dewasa itu tumbang dan menimpa bahagian atap rumah mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, usaha membersihkan kediaman mangsa dilakukan segera dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan pihak lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha itu memgambil sedikit masa kerana pokok berkenaan bersaiz besar dan menghempap hampir keseluruhan rumah mangsa.

“Kedua-dua mangsa tidak cedera dan pasangan itu bersama barang-barangnya dipindahkan ke rumah anak mereka yang terletak berdekatan,” katanya kepada pemberita sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini