United berisiko terus ketinggalan - Solskjaer - Utusan Malaysia

United berisiko terus ketinggalan – Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 5 Mei – Ole Gunnar Solskjaer memberi amaran kepada Manchester United bahawa mereka kini dalam kedudukan bahaya dan berpotensi untuk ketinggalan dalam Liga Perdana Inggeris, kecuali anak-anak buahnya mempamerkan peningkatan.

Solskjaer percaya Watford, Everton dan Leicester merupakan pasukan yang memiliki cita-cita tinggi untuk mengatasi United dan menduduki kelompok enam teratas dalam tempoh 12 bulan dari sekarang.

Pengurus skuad Red Devils itu berpendapat, pemainnya gagal mencapai potensi mereka musim ini, dengan kelab di tempat keenam liga itu menghadapi tugas getir untuk merebut slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan soal realistik. Sudah pasti, saya optimis tetapi saya tidak fikir itu realistik, kerana kedua-dua pasukan (Manchester City dan Liverpool) kini berada di puncak, mereka terlalu jauh di hadapan.

“Kami perlu memastikan kami semkain merapati jurang dan mendaki sedikit demi sedikit.

“Anda juga memiliki cabaran daripada Leicester, Everton, Watford dan mungkin Newcastle. Mereka ini mahu mengatasi kami. Kami mahu pastikan kami tidak akan dipintas.

“Anda tidak secara tiba-tiba dapat mengutip 27 mata sekali gus dalam tempoh satu musim, anda perlu memungutnya secara beransur-ansur,” ujar Solskjaer.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini