Tipu rumah PPR, lelaki didakwa dengan 23 pertuduhan - Utusan Malaysia

Tipu rumah PPR, lelaki didakwa dengan 23 pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 14 Mei – Seorang bekas pengurus jualan didakwa dengan 23 pertuduhan menipu mendapatkan rumah dan kedai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 membabitkan kerugian RM75,500, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Raja Darul Affendy Shah Raja Haris Shah, 57, yang dihadap ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh yang kini bekerja sendiri didakwa dengan curang mendorong 21 mangsa menyerahkan sejumlah wang tunai kepadanya bagi mendapatkan rumah dan kedai di PPR Lembah Subang 2.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Lembah Klang bermula April hingga Julai 2016.

TERTUDUH, Raja Darul Affendy Shah Raja Haris Shah dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan diiring
TERTUDUH, Raja Darul Affendy Shah Raja Haris Shah dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan diiringi polis. – UTUSAN ONLINE

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, denda dan sebatan mengikut Seksyen 420 Kanun Kesekaan.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Asraf Mohamed Tahir mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon ikat jamin dikurangkan dan pembayaran dilakukan sebanyak dua kali.

“Saya ada empat orang anak dan baharu sahaja ditangkap semalam (untuk didakwa hari ini). Memang saya tiada wang simpanan sekarang,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM40,000 dan membenarkan permohonan lain pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan 21 Jun depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini