Tiada kenaikan tol Lebuhraya E22 - Utusan Malaysia

Tiada kenaikan tol Lebuhraya E22

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 16 Mei – Senai Desaru Expressway Berhad (SDEB) E22 memberi jaminan tiada kenaikan kadar tol akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat terutama ketika menjelangnya musim perayaan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jamal Abd. Nasir Taharim berkata, kadar tol dikenakan untuk pengguna lebuh raya E22 akan kekal dan pengguna jalan raya tidak perlu bimbang dengan perkara teesebut.

“Mengenai diskaun tol untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ini sebenarnya kita dah berikan sepanjang tahun lalu. Sepatutnya ada kenaikan pada 2017 tetapi perkara itu tidak dilaksanakan. Kali terakhir berlakunya kenaikan adalah pada 2015.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Usaha ini juga merujuk kepada perjanjian konsesi yang kita telah persetujui sebelum ini. Lebuhraya E22 telah dibuka sejak tahun 2009 dan sepanjang tempoh ini hanya sekali kenaikan sahaja dibuat iaitu pada tahun 2015,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam program persiapan aidilfitri E22 bersama pelajar kurang berkemampuan di Plaza Angsana di sini sebentar tadi.

Pada program itu seramai 38 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram yang terdiri daripada keluarga asnaf dan kurang bernasib baik telah dipilih untuk menerima sumbangan wang untuk membeli baju raya tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini