Tengku Permaisuri Selangor rasmi festival Starvendors 2019 - Utusan Malaysia

Tengku Permaisuri Selangor rasmi festival Starvendors 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Mei – Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini berkenan menyempurnakan majlis perasmian Festival Mega Raya Starvendors 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Majlis perasmian itu turut disertai selebriti terkenal seperti Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Ziana Zain, Ashraf Muslim dan ramai lagi.

Festival jualan sempena hari raya itu akan dijalankan tanpa henti selama 72 jam bermula 11 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif program tersebut, Saripah Raziah Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ifa Raziah, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 2 juta pengunjung akan datang ke festival itu dalam masa 72 jam.

“Hasil jualan pula kita sasarkan mungkin lebih kurang RM20 juta. Daripada 452 gerai jualan, sebanyak 62 selebriti yang turut serta ‘berdagang’ di festival ini.

“Antara aktiviti menarik dalam 72 jam ini termasuk persembahan nyanyian daripada lebih 60 artis terkenal tanah air, konsert kemuncak Starvendors 2019, cabutan bertuah, dan banyak lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Festival Mega Raya Starvendors 2019 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini