Tefal promosi pemakanan seimbang dan sihat - Utusan Malaysia

Tefal promosi pemakanan seimbang dan sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAKANAN seimbang dan sihat adalah kunci kepada tabiat makan yang menjamin kehidupan sempurna.

Bagi memastikan aspek itu diberi penekanan, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan makanan yang dimasak memenuhi kriteria tersebut.

Salah satunya seperti memasak menggunakan kandungan garam dan gula yang rendah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah, tahukah anda, pemilihan periuk nasi juga memainkan peranan yang sangat besar dalam menjadikan aspek pemakanan sihat dan seimbang dapat dipenuhi.

Jenama peralatan memasak dan gaya hidup dari Perancis, Tefal melihat aspek tersebut sebagai suatu keperluan.

Justeru itu, menerusi periuk nasi Healthy & Tasty keluaran Tefal terbaharu, memasak nasi tidak lagi sukar dan renyah seperti sebelum ini.

Malah, nasi yang merupakan makanan ruji bagi rakyat Malaysia itu dapat dimasak sambil mengekalkan kesihatan pengguna walaupun diambil secara kerap.

Menurut Pengarah Pemasaran Tefal, Jimmy Ang, beras yang dimasukkan dalam pot berbentuk sfera itu akan dibilas sebanyak 15 kali pada suhu 100 darjah Celsius.

Katanya, ia bagi mengeluarkan lebihan kanji yang tidak sihat untuk kesihatan.

“Langkah unik ini direka khas bagi mengasingkan 20 peratus kanji semasa proses memasak.

“Walaupun dimasak secara kukus dan kurang kanji, namun rasanya tetap sedap dan setanding seperti nasi kukus,” ujarnya ketika ditemui Infiniti di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tambah Jimmy, lebihan kanji yang dikeluarkan boleh dilihat menerusi air yang bertukar warna.

Menariknya, ciptaan periuk berbentuk sfera itu juga membolehkan nasi dimasak secara sempurna dan sekata.

Bahkan, nasi yang dimasak secara sempurna itu lebih gebu tanpa perlu risau berkenaan penghasilan kerak.

“Menerusi teknologi ini, nasi mentah dan berkerak tidak lagi terhasil, berbeza daripada kebanyakan periuk nasi yang berada di pasaran yang hanya menjana haba dari bawah ke atas,” jelasnya.

Teknologi

Periuk nasi tersebut menggunakan teknologi pemanasan induksi yang digabungkan dengan periuk memasak sfera dalam menghasilkan masakan secara optimum.

Menawarkan pelbagai fleksibiliti dengan seleksi program pra tetapan, periuk nasi kompak itu juga mempunyai fungsi yang mudah ditangguhkan dan berfungsi dengan mudah bagi memastikan nasi sentiasa hangat.

Selain nasi putih, periuk nasi itu juga boleh digunakan untuk memasak nasi beras perang, beras pelbagai bijirin, bubur dan sup dengan lebih pantas kira-kira 35 minit.

Menariknya, periuk nasi itu amat mesra pengguna dan mudah untuk dibersihkan.

Ia boleh didapatkan di kedai elektrik atau menerusi platform e-Dagang Shopee pada harga RM1,299.

Sempena Aidilfitri ini, Tefal menawarkan jualan pada harga yang murah iaitu RM899 sehingga penghujung Jun ini.

Selain periuk nasi, Tefal juga mempertaruhkan pengisar Ultrablend Boost Vacuum yang dapat mengisar makanan seperti kacang tanah dengan sangat halus.

Menurut pelatih produk Tefal, Anna Ong, pengisar tersebut juga membolehkan penggemar smoothies dan jus buah-buahan boleh menikmati keenakan dan kelazatan minuman tersebut tanpa mengurangkan khasiatnya.

“Dikuasakan dengan teknologi antioksida, udara yang terkumpul dapat dikeluarkan sekali gus mengurangkan pengoksidaan dalam makanan.

“Teknik tersebut dapat menghasilkan jus yang lebih sihat dan warna buah lebih asli,” tegasnya.

Pengisar tersebut didatangkan dengan dua jenis balang iaitu makanan panas berkapasiti 1.4 liter dan sejuk 1.75 liter.

Ia merangkumi 10 program masakan yang memudahkan isi rumah untuk memasak dan menghasilkan minuman.

Menariknya, pengisar itu juga membolehkan pengguna memasak sup secara terus dalam mesin pengisar sebelum dikisar.

“Mesin ini dapat mengisar sehingga 50 kali ganda lebih halus.

“Ia amat mudah bagi mereka yang memiliki anak kecil dan sudah mula makan makanan pejal yang halus,” ujarnya.

Ia dijual pada harga RM1,999.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini