BESUT 20 Mei – Gara-gara bermain mercun, seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di daerah ini, Syafiq Haikal Shaharrudin putus kesemua jari tangannya dalam kejadian di rumahnya di Kampung Kubang Ikan dekat sini petang tadi. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 5.30 petang itu disedari ibu mangsa, Zainab Mohd., 40, yang terdengar bunyi letupan diringi jeritan dari luar rumah. Tidak lama selepas itu muncul sepupunya lantas memberitahu bahawa anaknya…










