KIEV 2 Mei – Tahun kelima hari ini selepas 48 orang mati dalam pertempuran keganasan jalanan dan kebakaran di Odessa, Ukraine yang mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengkritik kegagalan pihak berkuasa memastikan keadilan kepada mangsa-mangsa.
Pertembungan keras antara penyokong dan pengkritik Rusia di Pelabuhan Laut Hitam pada 2 Mei 2014 selepas Moscow merampas wilayah Crimea dan menyokong pemisah bertutur Rusia di timur Ukraine.
Enam orang ditembak mati di pusat bandar dan 42 orang kebanyakan aktivis pro-Rusia maut ekoran kebakaran bangunan kesatuan perdagangan.
Laporan yang dikeluarkan Selasa lalu, PBB mengkritik pihak berkuasa Ukraine kerana gagal memastikan keadilan kepada mangsa-mangsa rusuhan maut dan keluarga mereka.
“Tiada sesiapa dipertanggungjawabkan bagi tindakan membunuh dan ganas itu,” jelas laporan Misi Pemantauan Hak Asasi Manusia PBB di Ukraine. – AFP











