RANTAU PANJANG 27 Mei – Kepelbagaian modul pendidikan awal kanak-kanak yang diperkenalkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) menerusi Taman Bimbangan Kanak-Kanak (Tabika) memperlihatkan kesungguhan kerajaan memperkasakan lagi pusat berkenaan. Timbalan Ketua Pengarah Operasi Kemas, Ahmad Kamal Idris Nawawi berkata, satu modul yang dikenali sebagai STREAM iaitu pendidikan Sains, Teknologi, Agama, Kejuruteraan, Seni dan Matematik telah diperkenalkan sekaligus menjadi tarikan baharu. Menurutnya, tiga lagi modul iaitu patrotik, keyakinan diri dan penghayatan…









