Susah saya nak hormati Sarri - Cahill - Utusan Malaysia

Susah saya nak hormati Sarri – Cahill

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 6 Mei – Kapten Chelsea, Gary Cahill berkata dia mengalami kesukaran untuk menghormati bos The Blues, Maurizio Sarri berdasarkan layanan yang diterima malah pertahanan itu sedang membuat persiapan meninggalkan Stamford Bridge pada hujung musim ini.

Pada Disember lalu, Sarri berkata dia merasakan Cahill tidak sesuai dengan corak permainannya, menyebabkan pertahanan tengah itu hanya membuat tujuh penampilan pada musim ini.

Pemain berusia 33 tahun itu tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif sejak 29 November lalu meskipun membantu Chelsea memenangi Piala FA ketika di bawah bimbingan Antonio Conte.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara peribadinya, sangat teruk. Sebaik sahaja saya meninggalkan Chelsea, saya mahu memadam kenangan saya bersama Chelsea. Memori terakhir saya bersama Chelsea adalah ketika kami memenangi Piala FA pada tahun lalu.

“Situasi menjadi sukar. Saya merupakan pemain kesebelasan utama untuk enam musim sebelum ini dan pelbagai trofi saya menang bersama Chelsea jadi, menonton permainan di bangku perkara yang berada di luar jangkaan,” kata Cahill.

Cahill pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dua kali bersama Liga Juara-Juara dan Liga Europa bersama Chelsea sejak menyertainya dari Bolton Wanderers pada 2012 berkata Sarri tidak pernah memberitahu punca dia diketepikan daripada skuad utama.

“Jika anda tidak beraksi sebagai pemain, mana-mana pemain, dua, tiga, empat perawanan, anda tidak perlu menunggu alasan namun jika sudah masuk lapan atau sembilan perlawanan anda perlu memberi penjelasan. Apa yang berlaku? Bgaimanapun, pengurus tidak melakukannya.

“Sukar untuk saya menghormati seseorang yang tidak menghormati pemain seperti kami yang berusaha mendapatkan kemenangan untuk kelab,” katanya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini