Sultan Brunei serah kembali ijazah - Utusan Malaysia

Sultan Brunei serah kembali ijazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memulangkan anugerah ijazah kehormat yang diterima baginda daripada Universiti Oxford Britain selepas dikecam oleh masyarakat global berhubung cadangan memperkenalkan hukuman bunuh ke atas pesalah homoseksual dan zina di negara berkenaan.

Sebelum ini, satu petisyen dilancarkan untuk mendesak pihak pengurusan universiti terbabit menarik balik ijazah kehormat yang diberikan kepada baginda pada tahun 1993.

Petisyen itu ­ditanda­tanga­ni ham­pir 120,000 orang ­se­hing­ga April lalu. Uni­ver­si­ti Oxford mengesahkan per­kara itu dan menjelaskan bahawa Sultan Hassanal Bolkiah membuat keputusan berkenaan pada 6 Mei lalu sebelum ia diumumkan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Brunei dikritik hebat selepas negara berkenaan mengumumkan pada 3 April lalu bahawa ia berhasrat untuk melaksanakan hukuman mengikut undang-undang syariah terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara itu.

Undang-undang syariah yang diperkenalkan itu mengenakan hukuman rejam hingga mati ke atas pesalah-pesalah khalwat dan amalan seks luar tabii.

Bagaimanapun, banyak kecaman yang diterima terhadap pendekatan itu dan sebagai langkah meredakan keadaan, baginda pada satu sidang akhbar mengumumkan untuk tidak melaksanakan hukuman tersebut.

Sebilangan artis, pelakon dan selebriti termasuk George Clooney dan Elton John menyuarakan bantahan serta meminta orang ramai memboikot rangkaian hotel milik Sultan Brunei. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini