Pemandangan dari udara menyaksikan suasana orang ramai berbuka puasa pada minggu-minggu akhir Ramadan di Dataran Taman Shahbandar, Kuala Terengganu. Selain berbuka puasa bersama rakan-taulan serta keluarga, mereka berpeluang untuk melihat serta menikmati pemandangan indah Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu City Centre (KTCC) sepanjang 638 meter bernilai RM248 juta.










