Struktur konkrit tidak kukuh dipercayai punca laluan parkir runtuh - Utusan Malaysia

Struktur konkrit tidak kukuh dipercayai punca laluan parkir runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Runtuhan bangunan dalam pembinaan melibatkan laluan ke tempat meletak kenderaan Terminal Bersepadu Gombak di Taman Melati di sini dipercayai berpunca akibat struktur konkrit yang tidak kukuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Nordin Pauzi berkata, pihaknya percaya kejadian berlaku disebabkan struktur bangunan yang agak lemah namun perkara itu masih di dalam siasatan pihaknya.

“Pasangan suami isteri yang maut dalam insiden itu dipercayai berada di tingkat tiga di laluan ke parkir itu namun kedua-duanya dipercayai terjatuh sebelum tertimbus apabila bangunan itu runtuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia menyebabkan mereka dihempap struktur ringan namun tertimbus bersama galang di tapak pembinaan tersebut.

“Pasangan suami isteri warganegara Indonesia yang cedera ringan serta lelaki warga Bangladesh dipotong tangannya dikesan duduk di rumah kongsi di tingkat satu semasa kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pasangan suami isteri yang maut itu berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 2.10 petang manakala tiga lagi mangsa dikeluarkan lebih awal pada pukul 7 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini