Srikandi PKR gesa Syed Saddiq iktiraf kemampuan wanita muda - Utusan Malaysia

Srikandi PKR gesa Syed Saddiq iktiraf kemampuan wanita muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman perlu mengiktiraf kemampuan wanita muda dalam menerajui sesuatu bidang dan bukannya sekadar memberi peluang sama rata dalam arena yang sering dimonopoli kaum lelaki.

Gesaan itu dilakukan Ketua Srikandi PKR, Nurainie Haziqah Shafii yang mahu kementerian tersebut memberi perwakilan sama rata kepada wanita dalam Kelab Kuasa Belia yang bakal diwujudkan di 222 kawasan Parlimen seluruh negara.

NURAINIE HAZIQAH SHAFII
NURAINIE HAZIQAH SHAFII 

“Langkah ini mampu menjadi platform latihan kepada bakal pemimpin wanita di seluruh negara. Melalui dana Program Kuasa Belia yang akan diselia kementerian tersebut, saya berharap golongan wanita muda diberi perhatian, ruang dan peluang khusus oleh pihak berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biarlah wanita muda menjadi sebahagian daripada mereka yang menerima manfaat sekali gus menjayakan inisiatif tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nurainie Haziqah berkata, Srikandi PKR mempunyai visi untuk memperkasa wanita dalam pelbagai aspek terutamanya dalam pembentukan sosial masyarakat melalui banyak program dan aktiviti.

Katanya, antara program dan aktiviti tersebut adalah konvensyen tahunan antarabangsa berkaitan hal ehwal wanita muda, sesi sembang santai bersama pemimpin wanita tempatan dan luar negara serta pertandingan sukan.

“Merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan peruntukan RM150 juta yang akan disalurkan untuk pembangunan modal insan belia negara, Srikandi PKR mempunyai harapan besar agar wanita muda tidak akan terasing daripada mendapat manfaat tersebut,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini