ALOR SETAR 27 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penyelewengan dana sebuah persatuan yang melibatkan seorang individu bergelar Datuk Seri. Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap berkata, Datuk Seri terbabit yang memegang jawatan penting dalam persatuan itu disyaki terlibat dalam penyelewengan dana mencecah jutaan ringgit. “Kita terima maklumat berlaku penyelewengan dalam persatuan itu. Sekarang masih dalam proses siasatan lagi dan kita juga…










