Gagal ambil tindakan ADUN Bersatu isyarat tidak minat pada Pas

Gagal ambil tindakan ADUN Bersatu isyarat tidak minat pada Pas

bersatu
 AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegagalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil tindakan terhadap lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perlis dibimbangi boleh ditafsir sebagai isyarat bahawa parti itu tidak lagi berminat meneruskan kerjasama politik dengan Pas dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, Bersatu perlu segera mengambil tindakan tegas terhadap lima ADUN parti berkenaan yang sebelum ini menyatakan hilang kepercayaan terhadap Mohd. Shukri Ramli sebagai Menteri Besar Perlis.

Beliau berkata, kegagalan berbuat demikian boleh memberi gambaran Bersatu sudah tidak berminat untuk terus menjalin kerjasama politik dengan Pas dalam PN.

“Kegagalan berbuat demikian dibimbangi boleh menjadi isyarat Bersatu sudah tidak berminat untuk menjalinkan kerjasama politik dengan Pas di dalam Perikatan Nasional,” katanya menerusi hantaran ringkas di Facebook.

Sebelum ini, gesaan agar Bersatu mengambil tindakan terhadap lima ADUN yang terlibat menandatangani akuan bersumpah (SD) sehingga mencetuskan ketidakharmonian politik di Perlis turut disuarakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas telah melaksanakan tanggungjawabnya dalam mendisiplinkan parti dan kini Bersatu wajar melakukan perkara yang sama terhadap ADUN mereka.

Beliau berkata, Pas sebagai rakan utama dalam gabungan PN yakin Bersatu akan bertindak secara konsisten dan tegas selaras dengan semangat Akta Anti Lompat Parti serta prinsip amanah terhadap mandat rakyat.

Kemelut politik di Perlis tercetus susulan dakwaan wujud usaha menyingkirkan Mohd. Shukri apabila lapan ADUN terdiri daripada tiga ADUN Pas dan lima ADUN Bersatu menandatangani SD untuk menarik balik sokongan sebagai Menteri Besar.

Susulan perkembangan itu, Pas mengumumkan penamatan keahlian tiga ADUN terbabit serta-merta, iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd. Ridzuan Hashim (Guar Sanji). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN