Lebih 30 jenama fesyen raya dari sembilan pereka terkenal untuk pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak dipersembahkan kepada pengunjung pusat beli-belah GMBB yang terletak di Bukit Bintang Kuala Lumpur baru-baru ini. GMBB merupakan pusat beli-belah pertama yang dibina khas untuk kreativiti menjadi tuan rumah acara Souk Raya 2019. Acara itu mendapat kerjasama AX Events and Communications sebagai penganjur. Pertunjukan fesyen itu menampilkan rekaan siap dipakai (ready-to-wear, RTW) dan couture daripada pereka…










