Sepak Saja FC juara acara bola sepak penalti - Utusan Malaysia

Sepak Saja FC juara acara bola sepak penalti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENANG. Sebanyak 66 pasukan di sekitar Sungai Petani, Gurun dan Pulau Pinang menyertai Pertandingan Bola Sepak Penalti Terbuka Mukim Simpor 2019 di Padang Sekolah Kebangsaan Darul Aman Kampung Bukit Kecil, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pasukan Sepak Saja FC dari Kepala Batas, Pulau Pinang muncul juara selepas menewaskan Kelab Impian Unggul FC 6-5.

Pengerusi pertandingan, Mohd. Fazaidi Saidin berkata, selaku juara, pasukan itu membawa pulang wang tunai RM1,000 serta piala dan medal manakala naib johan menerima RM700.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Penghulu Mukim Simpor dengan kerjasama D ‘Omland Teluk Bayu, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bukit Kecik, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Masjid Kampung Bukit Kecik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini