JELEBU 23 Mei – Seorang pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang maut manakala lebih 27 penumpang cedera selepas sebuah bas terbabas di Jalan Kuala Klawang-Seremban dekat Bukit Tangga di sini petang tadi.

Difahamkan kebanyakan penumpang merupakan pelajar yang mula bercuti dan dalam perjalanan ke Seremban.

Kemalangan turut melibatkan sebuah kenderaan lain. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











