Selamat tinggal Atletico - Griezmann - Utusan Malaysia

Selamat tinggal Atletico – Griezmann

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Mei – Selepas lima tahun menabur bakti bersama Atletico Madrid, akhirnya Antoine Griezmann membuat keputusan untuk meninggalkan pasukannya itu untuk menyertai Barcelona dengan kos 104 juta pound (RM 506 juta) pada 1 Julai ini.

Barcelona menanggung malu apabila disingkirkan oleh Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara kini sedang membuat perubahan dalam skuad mereka.

Jurulatih Atletico, Diego Simeone bertemu dengan Griezmann dan menggesa penyerang Perancis itu utnuk mengubah keputusan mengenai masa depannya dan membuat pengumuman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sewaktu mengadakan pertemuan bersama kelab yang turut dihadiri ketua eksekutif, Miguel Angel Gil, Griezman mengesahkan dia akan membayar klausa pelepasan kepada Atletico pada 1 Julai ini.

“Selepas berbincang bersama Cholo (Diego Simeone) dan Miguel Angel dan pengurusan tertinggi kelab, saya mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberi sokongan.

“Memberitahu anda bahawa saya sudah membuat keputusan meninggalkan kelab dan melakukan perkara lain adalah cabaran yang berlainan.

Bukan mudah untuk saya mengambil jalan ini namun ini apa yang saya rasakan dan perlu. Terima kasih untuk sokongan yang anda berikan selama lima tahun di mana saya memenangi trofi pertama. Saya mempunyai waktu yang menakjubkan dan saya akan sentiasa mengingatinya. Anda sentiasa berada dalam hati saya,” katanya.

Tumpas 0-4 dalam aksi timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara membuatkan Barca mempunyai dua objektif jelas untuk membawa masuk bintang Ajax, Matthijs de Ligt dan Griezmann.

Meskipun Griezmann tidak menyatakan kelab yang akan disertainya, Camp Nou hampir pasti menjadi destinasi yang seterusnya.

“Tidak semua pemain baharu terdiri daripada remaja. Adakalanya anda perlu mendapatkan pemain dalam kalangan 27, 28,” kata presiden Barcelona, Josep Bartomeu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini