Saya tidak tahu bagaimana keputusan dibuat - Emery - Utusan Malaysia

Saya tidak tahu bagaimana keputusan dibuat – Emery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 13 Mei – Pengendali Arsenal, Unai Emery mempersoalkan keputusan UEFA untuk mengadakan aksi final Liga Europa melibatkan The Gunners dan Chelsea di Baku, hujung bulan ini.

Emery yang pernah merangkul tiga kejuaraan itu bersama Sevilla akan membawa pasukannya ke ibu negara Azerbaijan itu bagi meraih kejuaraan itu sekali lagi bagi memastikan Arsenal meraih slot Liga Juara-Juara, musim hadapan.

Mengulas mengenai perkara itu, dia menyifatkan perkara itu tidak ideal kerana kedua-dua kelab perlu menempuh perjalanan sejauh 4,828km.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak tahu bagaimana keputusan ini dibuat untuk bermain daripada satu tempat ke satu tempat yang lain.

“Saya pernah beraksi menentang Barcelona dalam aksi Super Cup 2015 di Tbilisi, perkara yang sama seperti ini. Penyokong akan berhadapan masalah, saya lebih suka untuk bermain berhampiran England kerana kedua-duanya adalah kelab Inggeris dan ia memudahkan penyokong.

“Kami beraksi di Switzerland menentang Liverpool bersama Sevilla pada 2016, stadium penuh dengan penyokong tetapi saya masih tidak tahu macam mana mereka memutuskan untuk bermain di sana.

“Hanya akan ada 6,000 penyokong kami dan Chelsea sedangkan kapasiti stadium adalah 70,000 penonton, jadi saya fikir ia akan dipenuhi dengan penyokong selain Arsenal dan Chelsea,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini