WASHINGTON 22 Mei – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan pendirianya untuk tidak berperang dengan Iran sebaliknya mahu mengambil langkah-langkah pencegahan.
AFP yang memetik pemangku Setiausaha Kementerian Pertahanan, Patrick Shanahan sebagai berkata, Trump menegaskan yang AS tidak mahu berperang dengan republik Islam itu dalam satu mesyuarat tertutup dengan Kongres semalam.
“AS tidak akan berperang, kita akan mengambil langkah pencegahan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Trump sebelum ini menyatakan yang Iran akan dimusnahkan jika negara itu menyerang kepentingan AS. -AFP











