CALIFORNIA 15 Mei – Majlis Perbandaran San Francisco meluluskan larangan polis menggunakan teknologi pengecaman wajah, menjadikannya sebagai bandar raya pertama di Amerika Syarikat (AS) yang melaksanakannya.
Mail Online melaporkan, larangan tersebut menyaksikan pihak berkuasa San Francisco perlu mendapatkan kebenaran pihak tertinggi untuk meneruskan atau menggunakan teknologi terbabit.
Larangan yang mendapat undian lapan berbalas satu itu dikuatkuasakan dalam sektor majlis perbandaran, namun masih boleh digunakan untuk tujuan sendiri, perniagaan dan kerajaan persekutuan. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











