LONDON 3 Mei – Mohamed Salah mengejutkan penyokong Liverpool apabila muncul di sebuah pub di bandar itu, beberapa jam selepas pasukan itu tewas kepada Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara. The Reds mengalami malam ngeri di Camp Nou dengan Salah terlepas peluang menjaringkan gol di penghujung perminanan namun tampil penuh bersemangat di Dovedale Towers, Penny Lane. Salah terlibat dengan proses penggambaran iklan sebuah syarikat minyak yang akan ditayangkan di negara-negara Arab.…










