Rumah hangus, wanita cedera - Utusan Malaysia

Rumah hangus, wanita cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU 8 Mei – Seorang wanita cedera di tangan dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kuarters pekerja di Estet Karamata, Jalan Ansip Dalit di Keningau, Sabah hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 2 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Alfina, 27, melecur di bahagian tangan berikutan terkena api sewaktu kejadian.

Portal berita SabahNews Today melaporkan, Pegawai Bomba Kanan Dua Balai Bomba Keningau, Tony Sipin berkata, kebakaran terbabit melibatkan empat buah rumah pekerja tidak kekal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, mereka menerima laporan mengenai kejadian berkenaan pada pukul 2.25 petang.

“Setibanya di lokasi kebakaran, kita dapati semua kediaman terbabit musnah terbakar sepenuhnya.

“Bagaimanapun hanya seorang mangsa sahaja mengalami kecederaan, namun berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Tony memberitahu, punca sebenarnya kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.29 petang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini