KUALA LUMPUR 8 Mei- Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar US hari ini di tengah-tengah rancangan Amerika Syarikat (AS) untuk menaikkan tarif terhadap eksport China bernilai A$200 bilion (RM830 bilion) pada Jumaat, kata peniaga.
Pada 6 petang, ringgit tidak berubah pada paras 4.1470/1500 iaitu sama semasa ditutup pada Selasa.
Laporan berita menunjukkan kebanyakan mata wang negara sedang pesat membangun menyusut berikutan muncul kebimbangan baharu terhadap perang perdagangan AS-China dan pertumbuhan global.
Rakan kongsi pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata peniaga sedang melihat terhadap kemungkinan kesan teruk daripada kenaikan tarif oleh AS terhadap pasaran eksport tempatan.
“Perlu ambil perhatian bahawa eksport Malaysia merosot 0.5 peratus pada Mac daripada setahun sebelumnya. Kami berpendapat jika perang perdagangan memuncak, keadaan itu akan mempengaruhi dan memberi kesan besar ke atas ringgit, berikutan jumlah tinggi eksport yang bertumpu ke China,” katanya. -BERNAMA











