Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Mei – Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar AS pada pagi ini apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati sementara menunggu pengumuman data keluaran dalam negara kasar (KDNK) esok, kata para peniaga.

Pada 9 pagi hari ini, ringgit diniagakan rendah pada 4.1715/1745 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1690/1720 pada Selasa.

Seorang peniaga berkata meskipun jangkaan data KDNK yang lemah, masih terdapat sektor yang dijangka berkembang dalam keadaan kelembapan sektor pembuatan, justeru, data itu boleh meningkatkan sentimen pelabur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan peningkatan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China, para pelabur mencari lokasi alternatif dan sekiranya Malaysia boleh menyediakan pilihan, ia sudah pastinya baik bagi negara,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini