RHB jangka pengurangan OPR - Utusan Malaysia

RHB jangka pengurangan OPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Mei – RHB Investment Bank Bhd. menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan membuat saranan pemotongan sekali sahaja sebanyak 25 mata asas dalam Kadar Dasar Semalaman (OPR) menjelang akhir tahun ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan.

Ketua Penyelidikan Ekuiti Serantau RHB Investment Bank Bhd, Alexander Chia berkata bagaimanapun, pengurangan itu tidak lagi mengheret turun ringgit, yang sekarang ini didagangkan pada kira-kira 4.14 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

“Firma kami meramalkan ringgit akan diniagakan pada RM3.80 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Harga ringgit telah pun dirangkumkan dalam jangkaan pengurangan OPR sekali sahaja, kerana ia telah bergerak daripada 4.06 kepada lebih kurang 4.14 sekarang ini, berbanding dolar US,” beliau memberitahu media selepas pelancaran buku laporan RHB Small Cap Book 20 Jewels 2019 Edition hari ini. -BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini