Remaja lelaki maut motosikal rempuh kereta - Utusan Malaysia

Remaja lelaki maut motosikal rempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah kereta di Jalan Bukit Rambai, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Ku Muhammad Arshad Abdullah, 15, yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Taman Bukit Rambai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di leher dan dada.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dalam perjalanan dari arah Tanjung Minyak ke Bukit Rambai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Honda City yang berada di bahu kiri jalan arah sama tiba-tiba membuat pusingan U di garisan berkembar.

“Mangsa yang gagal mengelak kemudian telah merempuh bahagian pintu pemandu kereta terbabit dan tercampak ke laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu berusia 66 tahun itu turut mengalami pendarahan di hidung serta mata dan dirawat di Hospital Melaka.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke hospital sama bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini