RCI mula kumpul bahan bukti insiden serangan pengganas New Zealand - Utusan Malaysia

RCI mula kumpul bahan bukti insiden serangan pengganas New Zealand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON 13 Mei – Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang ditubuhkan untuk menyiasat sama ada pasukan polis dan perisikan New Zealand boleh menghalang rancangan serangan pengganas di dua masjid di Christchurch pada Mac lalu mula mengumpul bahan bukti hari ini.

Suruhanjaya tersebut akan meneliti semua aspek yang mencetuskan serangan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood oleh seorang suspek warga Australia.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern sebelum ini menyatakan bahawa suruhanjaya tersebut penting untuk memastikan tragedi berdarah itu tidak berulang lagi di negara ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suruhanjaya itu diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi, William Young dan bekas diplomat Jacqui Caine. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini