KUALA LUMPUR – Diemes Cosmetics, pengeluar produk penjagaan kesihatan dan kecantikan, mengunjurkan jualan lebih daripada 500,000 unit bagi produk keluarannya di bawah jenama Ratu dan Putera menjelang akhir tahun ini.
Pengasas syarikat, Hanna Bahari berkata, sasaran tersebut seiring dengan permintaan tinggi dalam kalangan pengguna di samping khasiat terbaik yang terkandung dalam produk ditawarkan.
“Buat masa ini, syarikat menawarkan dua jenis produk berbentuk minuman kesihatan tambahan yang diformulasi khas daripada ekstrak buah kurma.
“Walaupun baru sahaja dilancarkan di pasaran, ia ternyata mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan,” katanya pada sesi pengenalan produk di sini baru-baru ini.
Menurut Hanna, Ratu diformulasi khas daripada bahan-bahan bermutu tinggi yang baik untuk kesihatan dalaman dan luaran wanita manakala Putera dihasilkan untuk memberikan tenaga tambahan kepada pengguna lelaki.
Jelasnya, kedua-dua produk tersebut ditawarkan pada harga mampu milik iaitu RM5.90 sebotol dengan kapasiti 120 mililiter.
Sementara itu, pengasas bersama merangkap rakan niaga syarikat, Orkid Ramli berkata, sehingga kini syarikat mempunyai lebih daripada 1,000 ejen di seluruh negara termasuk Singapura dan menjangkakan bilangan ejen bertambah kepada 10,000 ejen pada masa depan.
“Peluang terbuka luas kepada semua termasuk suri rumah dan pelajar yang ingin menjana pendapatan tambahan dengan bayaran yuran pendaftaran yang rendah,” ujarnya.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan produk keluaran Diemes serta mendaftarkan diri sebagai pengedar sah, boleh menghubungi talian 0113-564 3036 atau 019-557 9056.











