Rasuah kereta perisai AV8: Bekas CEO bergelar Datuk ditahan - Utusan Malaysia

Rasuah kereta perisai AV8: Bekas CEO bergelar Datuk ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat swasta bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima rasuah berkaitan projek pembekalan peralatan kenderaan milik agensi pertahanan negara berjumlah lebih RM7.55 bilion.

Menurut sumber, suspek berusia 60-an itu ditahan kira-kira pukul 5 petang hari ini di sekitar Lembah Klang.

Ujarnya, selain Datuk tersebut, turut diburu seorang lagi bekas pengurus kanan di syarikat sama yang kini sedang dikenal pasti lokasinya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat ini, SPRM dikatakan masih dalam proses melakukan penggeledahan di rumah Datuk tersebut.

“Selain dua individu ini, kita tidak menolak kemungkinan akan terdapat beberapa tangkapan lain melibatkan individu berstatus orang kenamaan (VIP),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Seorang pemilik syarikat bergelar Datuk Seri direman selama empat hari selepas dipercayai memberi suapan bagi projek pembekalan peralatan kereta kebal itu kepada orang-orang tertentu.

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan pada pukul 11 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan di Ibu pejabat SPRM Putrajaya, dekat sini.

Penahanan itu menjadikan sebanyak empat individu telah direman membabitkan kes suapan bagi projek pembekalan kereta perisai AV-8 tersebut yang mula disiasat oleh SPRM sejak minggu lepas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini