SELAIN melengkapkan tuntutan agama dan memperbanyakkan amalan, kehadiran Ramadan di negara ini tidak dapat dipisahkan dengan beberapa keistimewaan yang tidak terdapat pada hari-hari biasa.
Bagi warga ibu kota khususnya, kemeriahan bulan puasa setiap tahun cukup sinonim dengan bazar Ramadan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang menjadi tumpuan untuk membeli-belah pada saat akhir.
Selain itu, menikmati juadah berbuka puasa pula pasti tidak lengkap tanpa menjamah sajian makanan serta kuih-muih kegemaran seperti bubur lambuk, ayam golek, roti John, kuih akok, air tebu dan katira.
Fokus Ramadan kali ini mengetengahkan tiga destinasi pilihan warga Lembah Klang yang ‘diraikan’ hanya pada bulan Ramadan.
Laporan penuh dikongsikan oleh Wartawan ABDUL HALIM HADI dalam akhbar Utusan Malaysia keluaran esok.-UTUSAN ONLINE











