Raja Thailand beri pengampunan kepada banduan - Utusan Malaysia

Raja Thailand beri pengampunan kepada banduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK – Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn memberi pengampunan dan meringankan hukuman bagi banduan-banduan tertentu sempena pertabalan baginda esok.

Dekre diraja berhubung pengampunan diraja telah diterbitkan di Royal Gazette hari ini. Ia berkuat kuasa esok.

Akhbar Bangkok Post melaporkan bahawa banduan tersebut termasuk banduan yang menunggu untuk menjalani hukuman mati serta serta pesalah yang diletakkan dalam probation.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini adalah peluang bagi banduan untuk menjadi warga negara yang baik,” kata harian berbahasa Inggeris itu.

Ia berkata, mereka yang diberi pengampunan termasuk banduan yang dikurung, pesalah yang melakukan khidmat awam dan bukan denda, mereka dalam tempoh probation, banduan yang mempunyai tempoh setahun atau kurang sebelum selesai menjalani hukuman, atau banduan yang mengalami kecacatan dan penyakit yang serius, seperti kanser dan AIDS. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini