Putera Harry dan isteri tayang bayi lelaki - Utusan Malaysia

Putera Harry dan isteri tayang bayi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Putera Harry dan isteri, Meghan memberi peluang kepada dunia hari ini untuk melihat bayi lelaki mereka yang baru dilahirkan.

Harry, 34 dan Meghan, 37, tampil di hadapan lensa kamera di Istana Windsor untuk menayangkan anak lelaki mereka yang dilahirkan pada Isnin lepas, sebelum memperkenalkan bayi tersebut kepada moyangnya, Ratu Elizabeth II.

“Dia umpama mimpi,” kata Meghan yang memakai gelaran Duchess of Sussex dalam komen pertamanya selepas melahirkan bayi seberat 3.26 kilogram itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia tidak banyak meragam, sungguh tenang,” tambah Duchess of Sussex ketika Harry mendukung bayi yang sedang tidur itu.

Harry dan Meghan tidak menyebut nama bayi mereka yang merupakan pewaris ketujuh takhta Britain pada acara singkat itu.

Peminat-peminat keluarga diraja Britain sebelum ini tidak sabar menunggu untuk melihat kelibat bayi tersebut sejak pasangan diraja itu mengumumkan kelahirannya kepada 6.5 juta pengikut laman Instagram mereka berserta mesej ‘Ia Lelaki’.

Bagaimanapun, Alexander merupakan antara nama popular yang diterima oleh agensi-agensi pertaruhan Britain untuk bayi tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini