Projek LRAL2 mula bekal air Ogos ini - Utusan Malaysia

Projek LRAL2 mula bekal air Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2) akan mula membekalkan sejumlah 325 juta liter air terawat kepada penduduk Lembah Klang pada Ogos ini.

Jumlah itu merangkumi 25 peratus bekalan air terawat daripada fasa pertama projek terbabit.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB), Abdul Hadi Ali berkata, bekalan air terawat tersebut akan memberi manfaat kepada kira-kira 325,000 akaun pengguna.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan memulakan (usaha) pengujian dan pengoperasian sebahagian projek LRAL2 bermula 21 Mei ini dan dijangka selesai pada pertengahan Ogos.

“Selepas itu, kami akan dapat serahkan sebahagian loji rawatan itu kepada pihak pengendali air di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat dan sumbangan PAAB Prihatin ‘Oh Seronoknya Raya 2019’ di sini, hari ini.

Mengulas selanjutnya, Abdul Hadi berkata fasa pertama LRAL2 yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2022, akan membekalkan sejumlah 1,130 juta liter air sehari sekali gus meningkatkan rizab bekalan air di Selangor.

Projek LRAL2 itu membabitkan tiga fasa termasuk pembinaan loji rawatan air yang akan membekalkan 565 juta liter air sehari ke Takungan Hulu Langat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini