KERJASAMA. Seramai 50 orang tenaga pengajar menyertai Program Pemantapan Pedagogi Pemulihan Membaca dan Menulis (3P2M) yang diadakan di Dewan FGV Tembangau 5, Bera, Pahang baru-baru ini.
Program itu dijalankan dengan kerjasama pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Negeri Sembilan dan guru-guru Daerah Bera yang melibatkan murid-murid pemulihan khas Zon Tembangau 5.
Pada program itu, murid-murid tahap satu didedahkan dengan kit 3P2M bagi membantu masalah membaca dan menulis selain memupuk minat mereka melalui aktiviti hands on.
Memuatkan artikel berkaitan…
Turut hadir, Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Raja Melewar, Dr. Nizam Abd. Latib dan Ketua Sektor Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pahang.











